“ Tiada kata yang dapat dilafazkan dengan kata-kata apabila DIA memberi sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menyangka. Tidak pernah terfikir, tidak pernah bermimpi apatah lagi terlintas di hati. Betapa kurniaan-Nya terasa nikmat tidak terperi, maka diri terus sujud mengagungkan kebesaran kuasa Ilahi… Sesungguhnya, janji Allah adalah pasti, buat hati yang terus meyakini tanpa rasa ragu-ragu lagi…!”
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. al-Baqarah [2]: 186)
Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Murah hati. Allah malu bila ada hamba-Nya yang menengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa.” (HR. Hakim)
“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, ‘Jadilah!’ maka jadilah sesuatu itu.” (Yassin:82)
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Dia telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaq:2-3)
“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik” (Ar-Rum:69)
2) Aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana. Tiada siapa dapat lari darinya. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapan-Nya. Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah, tidak merintih dan menyesalinya.
3) Aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah.Kejayaan didalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah. Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik samaada di dunia dan akhirat. Dengan itu aku tidak di himpit kerisauan dan keluh kesah.
4) Aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apalah gunanya aku merintih? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedihan, kerisauan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tidak lena, makan tidak selera dan ibadah tidak bahagia.
5) Adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang di alami sekarang. Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini Bukankah pepatah ada menyebut ‘sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya’.
6) Musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku. Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan, kefasikan atau kekufuran. Adapun musibah yang lain daripada itu, sama ada terhadap harta, anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja. Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya. Lantaran itu Rasulullah s.a.w. berdoa maksudnya : “ Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami”
7) Dan yang akhir, sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah. Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil.
Firman Allah SWT. yang bermaksud “…Dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia…” (Surah Ali- Imran ayat 140)